Krisis bekalan global kini berlarutan, bukan sekadar kejutan sementara

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/Foto Bernama

PUTRAJAYA, 21 April – Krisis bekalan global yang sedang memasuki fasa tekanan berpanjangan memberi kesan menyeluruh kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Krisis bekalan berkembang daripada isu harga minyak kepada gangguan rantaian bekalan: tenaga, logistik, bahan mentah dan makanan.
  • Ketidaktentuan di Selat Hormuz meningkatkan kos insurans, risiko penghantaran serta menyebabkan kelewatan logistik global.
  • Kini fasa pengurusan tekanan berpanjangan; pemulihan mungkin memerlukan sehingga 18 bulan bergantung kepada perkembangan geopolitik.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, krisis berkenaan telah berkembang daripada isu harga minyak kepada gangguan rantaian bekalan global melibatkan tenaga, logistik, bahan mentah dan makanan.

Menurut beliau, ketidaktentuan di Selat Hormuz terus menyumbang kepada peningkatan kos insurans, risiko penghantaran serta kelewatan logistik global.

“Ini bukan lagi fasa pengurusan kejutan awal, tetapi fasa pengurusan tekanan yang berpanjangan,” katanya dalam taklimat khas hari ini.

Walaupun harga minyak mentah Brent menunjukkan penurunan 11.6 peratus dalam tempoh pertengahan April, keadaan tersebut tidak mencerminkan risiko sebenar yang masih berterusan.

Kerajaan menjangkakan kesan krisis tersebut boleh mengambil masa sehingga 18 bulan untuk kembali stabil, bergantung kepada perkembangan geopolitik global.