KPWKM, KKM selaras kawal selia pusat berpantang

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lim Hui Ying/Foto JaPEN

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan membincangkan hala tuju bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan pusat berpantang (confinement centre) dikawal selia dengan baik bagi mengelakkan pertindihan tanggungjawab.

RINGKASAN BERITA AI
  • KPWKM akan berbincang bersama KKM bagi memastikan pusat berpantang dikawal selia dan mengelakkan pertindihan tanggungjawab.
  • LPPKN melaksanakan program MAMA CARE untuk melatih serta memperakui penyedia perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin secara profesional.
  • Program MAMA CARE meliputi pengurutan selepas bersalin, penyediaan pemakanan sihat, pengendalian bayi baru lahir dan pemulihan ibu.
  • Isu penyakit di bawah seliaan KKM dan penglibatan PBT untuk lesen premis serta perniagaan memerlukan kerjasama menyeluruh dan hala tuju jelas.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, KPWKM menerusi Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) turut melaksanakan program MAMA CARE bagi melatih serta memperakui penyedia perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin secara profesional.

“Program ini kita mulakan sejak 2012 dengan mengajar wanita bagaimana pengurutan selepas bersalin, penyediaan pemakanan yang sihat, bagaimana mengendalikan bayi yang baru dilahir, pemulihan ibu selepas bersalin dan sebagainya.

“Tapi dari segi penyakit pula, itu adalah di bawah seliaan KKM jadi saya faham memang ada pertindihan jadi kita memang dalam satu rancangan bagi membincang satu untuk hala tuju untuk memastikan confinement centre ini dapat di kawal selia.

“Ini juga melibatkan KKM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti lesen premis, perniagaan, jadi kita memang dalam rancangan untuk bersama-sama menyelesaikan dan mencari satu hala tuju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di Dewan Rakyat, hari ini.

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.