fb fb fb fb fb

KPWKM belanja RM615,000 beli stok makanan penduduk terjejas banjir

(FOTO BERNAMA)

TASEK GELUGOR, 5 Mac- Sebanyak RM615,000 telah dibelanjakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk membeli bekalan bahan makanan bagi mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ketika ini, proses menghantar bahan-bahan tersebut sedang dijalankan.

"Kita sudah belanja RM615,000 untuk stok makanan dan itu masih tidak mencukupi sebab kalau setakat hari ini, di Johor sahaja ada lebih 42,000 yang terjejas.

"Yayasan Kebajikan Negara juga membantu melalui badan korporat yang memberi sumbangan kepada kita dan akan menambah lagi RM50,000,"katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut menambah jumlah tenaga petugas dari negeri-negeri lain ke negeri terlibat banjir terutamanya Johor.

Persiapan berhubung ramalan banjir di negeri Sabah dan Sarawak juga sedang dilakukan.

Beliau berkata demikian selepas Lawatan Turun Padang ke Laman Wanita (LaWa) Tasek Gelugor, pagi tadi.


(Datuk Seri Nancy Shukri ditemui pemberita selepas Lawatan

Turun Padang ke Laman Wanita (LaWa) Tasek Gelugor)

Media Baharu