fb fb fb fb fb

KPKT laksana pemantauan prestasi projek bermasalah

Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa meminimakan projek yang dikategorikan projek lewat jadual dan sakit.

Sehubungan itu, pemantauan prestasi dilaksana, terhadap projek bermasalah, malah kontraktor terlibat juga bakal dikenakan tindakan tatatertib termasuk penalti atau disenarai hitam sekiranya gagal mematuhi obligasi kontrak.

Ketika memaklumkan perkara ini ke pengetahuan Dewan Negara, Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menjelaskan ketika ini terdapat satu Projek Perumahan Awam melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan tiga projek sakit yang dalam pemantauan.

"Projek yang mengalami kelewatan serta projek sakit akan dipantau melalui mekanisme dalaman seperti Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) dan Jawatankuasa Contract Coordination Pane (CPP); penilaian dan pemantauan berkala akan dilaksanakan ke atas prestasi projek. Selain itu, pelaksanaan langkah pemulihan atau penamatan kontrak kontraktor sedia ada akan dibuat sekiranya perlu," katanya di Dewan Negara, hari ini.

Akmal menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bobbey Suan.

Tambahnya, bagi menangani isu-isu di luar kawalan kementerian,  pemantauan secara berkala juga turut dilaksanakan selain penyelarasan bersama Pihak BerkuasaNegeri (PBN) serta agensi pusat seperti Unit PenyelarasanPelaksanaan (Implementation Coordination Unit, ICU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

ZEHRA BINTI ZAMBRI