fb fb fb fb fb

KPDN jamin bekalan kelapa di Perlis mencukupi musim perayaan ini

Foto hiasan/ BERNAMA

KANGAR, 26 Mac- Bekalan kelapa di Perlis mencukupi sepanjang musim perayaan ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Rohaida Hassan berkata isu berkaitan kelapa di negeri itu hanya berlaku pada minggu pertama Ramadan, bagimanapun pulih selepas itu.

Ia berikutan, pemborong berjaya memperoleh bekalan dari negara jiran, selain Sabah dan Sarawak.

"Sebelum ini, bekalan kelapa kita dapat daripada Indonesia, rata-rata kita temu bual peruncit ini dapat dari pemborong, pemborong dapat dari Indonesia dan harga pada masa itu agak tinggi, sebab berlakunya kekurangan.

"Jadi penawaran kurang, pemintaan tinggi akan naik harga, tapi sejak kebelakangan ini dikatakan kita dapat dari Sabah dan Sarawak bekalan tu, kita cuba turunkan harganya lagi", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025 peringkat Perlis di Kangar.

Tambah beliau, seramai 37 penguat kuasa KPDN Perlis akan memantau harga barangan dari semasa ke semasa sepanjang Aidilfitri.

Manakala, pengguna diminta melaporkan sekiranya mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang undang yang ditetapkan.

ROSLINA BINTI DIN