fb fb fb fb fb

Konvoi JR MELAKAfm santuni penghuni warga emas

Selain penyampaian sumbangan, kru konvoi terbabit turut menanam pokok.

TELOK MAS, 22 Mac- Konvoi Jelajah Ramadan (JR) MELAKAfm diteruskan dengan menyantuni penghuni rumah warga emas Taman Bukit Larang Indah, Telok Mas.

Sumbangan barangan makanan turut disampaikan kepada enam penghuni rumah tersebut.

"Pak cik hari-hari seronok, pasal apa, pakcik sihat, boleh berjalan sembahyang tarawih hari-hari itu yang seronok. Tapi macam hari ini meriah lagilah, kalau datang selalupun lagi bagus, kalau tiap-tiap bulan ada orang datang, ada aktiviti sikitlah," kata penghuni, Basiron Mohd Ali.

"Kalau ada orang ziarah seronoklah, sukalah kalau ada orang ziarah tapi jaranglah berlaku, kalau mampu buat lah lagi seronok tapi nak buat pun kena makan duit, bukan semua orang boleh buat," kata penghuni, Alaudin Ibrahim.

Selain penyampaian sumbangan, kru konvoi terbabit turut menanam pokok.

Aktiviti terbabit turut disertai Pengarah Penyiaran Melaka, Siti Nurbaini Khairi dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Warga Emas dan Komuniti Taman Bukit Larang Indah, Datuk Akramudin Aziz.

Artikel Berkaitan:
Skuad JR RTM sertai program Ketuk-Ketuk Sahur di Melaka

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM