fb fb fb fb fb

Skuad JR RTM sertai program Ketuk-Ketuk Sahur di Melaka

Bagi peserta skuad berkenaan, ia pengalaman berharga buat mereka.

ALAI, 22 Mac- Skuad Jelajah Ramadan (JR) RTM berpeluang merasai pengalaman mengejutkan umat Islam untuk bersahur melalui program Ketuk-Ketuk Sahur di Kampung Baruh Alai, Melaka.

Skuad JR RTM bersama-sama anak muda di kampung berkenaan dibawa mengelilingi kampung sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km), seawal pukul 4.00 pagi.
 
Bagi peserta skuad berkenaan, ia pengalaman berharga buat mereka.
 
"Ini satu kelainan yang kita tengok dekat kampung ini dengan kemeriahan, semua orang kampung turut serta terutama sekali anak-anak mudalah, itu yang kita nak tengok," kata penyampai radio PERAKfm, Mohd Fitri Azman.

"Seronok sekali, menarik sangat, adat yang saya kira sudah lama ditinggalkan untuk kita bangun bersahur, sebab sahur ini antara salah satu kelebihan yang baiklah semasa Ramadan, jadi di Melaka hari ini saya dapat merasai pengalaman tersebut," penyampai radio PERLISfm, Wan Mohd Ryan Rohidar.

"Alhamdulillah, ini pengalaman yang pertama dan cukup menarik, Ketuk-Ketuk Sahur keliling kampung. Alhamdulillah, seronok untuk jelajah Ramadan 2024," kata penyampai radio Kedahfm, Siti Zaida Osman.

"Pengalaman saya untuk Ketuk-Ketuk Sahur hari ini memang cukup terujalah kerana bersama-sama anak-anak muda dengan penuh semangat untuk mengejutkan penduduk bersahur, pengalaman yang cukup menarik, berharga terutama pada Ramadan ini," kata penyampai radio ASYIKfm, Laili Apeng.

"Ini merupakan satu perkara yang menjadi kebiasaan kepada kami penduduk di Kampung Alai khususnya dalam kariah lembaga Masjid Kampung Alai, memang pemuda-pemuda saban hari mengadakan Ketuk-Ketuk Sahur dan hampir 50 orang pemuda berkumpul di masjid setiap hari dan mereka akan menjelajah lebih kurang 2.5km di dalam kawasan pentadbiran lembaga Masjid Al Falihin, Kampung Alai, Melaka," kata Penolong Setiausaha Masjid Al-Falihin, Datuk Akramudin Ab Aziz.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM