Projek pembangunan landskap KLIA berjaya siap dalam tempoh enam bulan

Nga Kor Ming

SEPANG, 10 Februari- Projek Pembangunan Landskap Pintu Masuk Negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bernilai RM3 juta berjaya disiapkan dalam tempoh enam bulan sejak pelaksanaannya pada Ogos tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek landskap KLIA bernilai RM3 juta siap dalam enam bulan sejak Ogos tahun lalu.
  • Tema "Harmony in Diversity" dipilih untuk memberi impresi awal indah kepada pelancong.
  • Empat zon utama termasuk landskap menegak Terminal 1 dan 2 serta Gerbang MADANI.
  • Inisiatif dilaksanakan bersama Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Berhad.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata projek bertemakan “Harmony in Diversity” itu dilaksanakan bersama Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memberikan impresi awal yang indah kepada pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

“Projek ini melibatkan empat zon utama, termasuk pembangunan landskap menegak di Terminal 1 dan 2, landskap di tepian jalan keluar dari terminal, Jajaran Belantara, serta Gerbang MADANI dengan papan tanda ‘Welcome to Malaysia’.” katanya semasa merasmikan Projek Pembangunan Landskap Pintu Masuk Negara di KLIA di sini pada Isnin.

Majlis perasmian projek itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu; Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Mansor Mohamad; dan Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani.