fb fb fb fb fb

CUEPACS sokong caruman sukarela KWSP diperluas penjawat awam tetap

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr. Adnan Mat bercakap selepas Program Reformasi Pentadbiran Awam dan Sambutan Hari Pembantu Tadbir Negeri Perak 2025 di Meru, Ipoh/RTM

IPOH, 20 November - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyokong penuh agar caruman sukarela menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluas kepada penjawat awam tetap berpencen.

Presidennya Datuk Dr. Adnan Mat berkata, perkara itu bagi memastikan golongan tersebut mempunyai tabungan yang lebih baik pada akhir perkhidmatan dan menjamin kebajikan.

"Supaya ada simpanan sukarela dan caruman PERKESO sukarela. Ini juga terlibat dalam bentuk perubahan akta dalam PERKESO. Cadangan ini supaya penjawat awam pada akhir perkhidmatan ada tabungan yang telah mereka buat lebih awal. Pada masa sama skim insurans melalui PERKESO juga boleh melindungi penjawat awam," kata beliau selepas Program Reformasi Pentadbiran Awam dan Sambutan Hari Pembantu Tadbir Negeri Perak 2025 di Meru, Ipoh.

Jelasnya setakat ini, caruman PERKESO hanya terhad kepada pekerja kontrak dan sementara dalam perkhidmatan awam dan tidak meliputi anggota perkhidmatan awam tetap.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ