KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Aktivis Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) telah menghantar nota bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat (AS)
mengenai jenayah kemanusiaan yang dilakukan Israel ke atas Gaza.
Penasihat Kehormat MWCQP, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata pihaknya bersolidariti dengan rakyat Palestin dan menyeru seluruh umat Islam mengecam tindakan jahat dan kejam Israel mengebom Gaza.
"Israel juga mengebom hospital dan telah mengorbankan ribuan nyawa bayi, wanita dan orang awam. MWCQP merayu kepada semua rakyat untuk menggunakan pengaruh anda terhadap kerajaan masing-masing untuk menghentikan jenayah ini serta merta dan membuka koridor bantuan kemanusiaan ke Gaza," kata Fauziah kepada pemberita di hadapan kedutaan AS di sini.
Surat itu telah ditandatangani oleh 42 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan 53 tokoh individu.
Ia termasuk menteri, Ahli Parlimen, tokoh masyarakat, aktivis dan pempengaruh yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Tuntutan surat itu turut meminta agar Israel segera menghentikan jenayah keganasan di Gaza, menyegerakan pembukaan sekatan bantuan kemanusiaan, menghentikan sepenuhnya pengepungan haram ke atas Gaza dan meminta negara- negara sekutu Israel menghentikan sokongan melulu terhadap pendudukan haram Israel.
Kira-kira 300 orang berkumpul berhampiran kedutaan itu bagi menzahirkan sokongan terhadap rakyat Palestin.

sokongan terhadap rakyat Palestin.)
Artikel Berkaitan:
Agong seru rakyat terus adakan solat hajat, doa untuk rakyat Palestin
Malaysia gesa konflik Palestin-Israel dihentikan segera
Konflik Gaza, lebih 3,000 rakyat Palestin terkorban
Ancaman bom: Malaysia kekal sokong perjuangan Palestin