fb fb fb fb fb

Agong seru rakyat terus adakan solat hajat, doa untuk rakyat Palestin

(FOTO AFP)

PEKAN, 20 Oktober - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia untuk terus mengadakan solat sunat hajat dan berdoa buat rakyat Palestin yang sedang menderita akibat serangan rejim Israel.

Al-Sultan Abdullah menitahkan solat sunat hajat yang diadakan bagi memohon agar bumi Palestin dapat terus dipertahankan khususnya Masjid Al-Aqsa.

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah
pada Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA)
di Kampung Pahang Tua / FOTO BERNAMA)

"Beta harap kita semua adakan sembahyang hajat dan mendoakan kepada Allah SWT supaya rakyat Palestin dan bumi Palestin dapat dipertahankan khususnya kawasan Masjid Al-Aqsar," titah Seri Paduka semasa berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) di Kampung Pahang Tua, di sini.

Al-Sultan Abdullah turut menyeru rakyat Malaysia agar membantu meringankan beban yang dialami rakyat negara itu dengan memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.

Media Baharu