fb fb fb fb fb

Operasi Khas KPB, 192 notis saman dikeluarkan

(Foto JPJ Negeri KEDAH)

ALOR SETAR, 20 Oktober- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah mengeluarkan 192 notis saman terhadap pemandu kenderaan barangan atas pelbagai kesalahan.

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata menerusi Operasi Khas Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB), ia diadakan di beberapa lokasi sekitar di Alor Setar.

"Antara kesalahan berkenaan adalah membawa lebihan muatan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL)," kata Aman Shah menerusi kenyataan.

Kesemua kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. 

Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan terhadap kenderaan barangan ini akan terus dilaksanakan secara telus bagi memastikan pemandu dan pengusaha mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa.

(Foto JPJ Negeri KEDAH)

Media Baharu