Helikopter Super Lynx TLDM lakukan pendaratan cemas di Pantai Klebang

MELAKA, 1 Januari – Sebuah helikopter Super Lynx Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan melakukan pendaratan cemas pada rabu, pukul 10.50 malam di perairan Pantai Klebang, Melaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • TLDM menjalankan operasi salvaj pesawat segera selepas pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang.
  • Sebuah lembaga siasatan ditubuhkan untuk mengenal pasti punca kejadian.
  • Empat kru udara diselamatkan, dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
  • Orang ramai diminta tidak menularkan video kejadian bagi kelancaran penyiasatan.

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, susulan kejadian tersebut; sebuah lembaga siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian

“TLDM telah mengambil tindakan serta merta dengan mengatur gerakan operasi salvaj pesawat tersebut. Sebuah lembaga siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Insiden berlaku ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM),” menurut kenyataan itu.

Ketika kejadian seramai empat orang kru udara berada dalam pesawat ketika kejadian dan kesemua mereka telah berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Semua kru berada dalam keadaan sedar dan stabil serta sedang dipantau pasukan perubatan.

Bagaimanapun orang ramai diminta supaya tidak menularkan video kejadian yang berlaku
bagi kelancaran proses penyiasatan.