fb fb fb fb fb

Kon Yeow yakin siasatan kemasukan warga asing di LTAPP, telus

Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 20 Oktober- Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yakin siasatan kes pengaturan kemasukan warga asing di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) melibatkan dua pegawai imigresen dijalankan dengan telus.

Perkara itu disifatkan sebagai usaha membanteras amalan rasuah dalam sektor swasta dan awam yang juga merupakan agenda utama kerajaan.

Ia sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan integriti sektor awam dan swasta terpelihara.

"Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan pegawai-pegawai untuk siasatan. Saya percaya siasatan dilakukan dengan asas-asas yang dianggap keperluan SPRM UnTUK menjalankan siasatan ini.

"Semoga akan dapat mencari satu kesudahan kepada kes sedemikian dan ini hantar mesej bahawa usaha memerangi rasuah dan penyelewengan akan diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutup & Pusingan Akhir Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Pulau Pinang 2024  di Penang Skill Development Centre, Bayan Lepas.

Semalam, dua pegawai imigresen negeri itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes mengatur kemasukan warga asing di LTAPP.

Kedua-dua suspek berusia 40-an itu ditahan susulan penangkapan seorang lelaki warga Bangladesh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI