Komitmen teguh Kerajaan dan Sarawak pacu kemajuan bersama

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat di negeri itu, sambil menekankan komitmen teguh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam memacu kemajuan bersama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sarawak berada pada landasan kukuh untuk menjadi peneraju pertumbuhan, inovasi dan pembangunan inklusif melalui kerjasama erat.
  • Transformasi kemajuan adalah hasil usaha bersama, memperkukuh perpaduan dan merancakkan pembangunan untuk masa depan lebih makmur.
  • Semangat Sarawak Maju Segulai Sejalai mendorong langkah sederap memperteguh perpaduan serta meningkatkan pembangunan.
  • Setiap ikhtiar menumpu pada mengangkat martabat rakyat, memperkasa ekonomi dan menjamin kesejahteraan berkekalan.

Menurut hantaran di Facebook, beliau berkata Sarawak kini berada pada landasan yang semakin kukuh untuk muncul sebagai peneraju pertumbuhan, inovasi dan pembangunan inklusif hasil kesepakatan serta kerjasama erat antara kedua-dua pihak.

“Transformasi kemajuan yang sedang dilakar ini adalah hasil usaha bersama. Dengan semangat Sarawak Maju Segulai Sejalai, kita akan terus melangkah sederap memperkukuh perpaduan, merancakkan pembangunan dan membina masa depan yang lebih makmur demi Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, setiap ikhtiar digerakkan dengan tekad mengangkat martabat rakyat, memperkasa ekonomi serta menjamin kesejahteraan yang berkekalan.

Datuk Seri Anwar turut berharap agar Bumi Kenyalang terus melakar kejayaan, menyemarakkan kemakmuran dan menjadi kebanggaan negara demi masa depan yang lebih gemilang buat seluruh warga Sarawak dan Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.