KKM sedia salur bantuan kepada waris pasangan suami isteri maut di Sri Aman

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad / Foto Jabatan Penerangan

SERIAN, 15 Januari -Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menyalurkan bantuan segera kepada waris sepasang suami isteri yang ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Sri Aman, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keutamaan diberikan kepada sokongan psikologi terutama untuk anak-anak mangsa yang terkesan akibat tragedi.
  • Ucapan takziah disampaikan; kedua-dua mangsa meninggalkan tiga orang anak.
  • Menteri, Timbalan Menteri dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak segera mengambil tindakan.
  • Pasangan itu dipercayai dibunuh; mangsa lelaki guru besar dan isterinya bertugas sebagai jururawat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keutamaan diberikan kepada sokongan psikologi, khususnya kepada anak-anak mangsa yang terkesan akibat tragedi berkenaan.

“Saya mahu rakamkan ucapan takziah kepada keluarga ini, sangat tragis kerana kedua-dua mangsa meninggalkan tiga orang anak.

Saya bersama Timbalan Menteri Kesihatan (Datuk Hanifah Hajar Taib) dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Dr Veronica Lugah) segera mengambil tindakan. Pastinya anak-anak yang mengalami kejutan ini perlu diberi perhatian segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Serian.

Pada Rabu, sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis dipercayai dibunuh.

Mangsa lelaki merupakan seorang guru besar sekolah rendah, manakala isterinya bertugas sebagai jururawat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.