fb fb fb fb fb

KKM rekod hampir 5 juta rakyat Malaysia hidap pradiabetes

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 24 April- Hampir lima juta orang dewasa di Malaysia berisiko menghidapi pradiabetes.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata ia susulan kerana mereka yang berisiko tidak menjalani peperiksaan dan saringan kesihatan awal.

"Ketika ini, kita mempunyai pelbagai program lebih-lebih lagi untuk golongan B40. Kita mempunyai program Peka B40 yang diusahakan oleh Protecthealth dan juga kita mempunyai saringan kesihatan nasional yang melakukan saringan di klinik-klinik kesihatan."

"Kita cuba untuk mengurangkan kadar melalui satu saringan yang kita lakukan. Di situlah kita dapat memberikan rawatan dan juga perkhidmatan nasihat kepada pelanggan-pelanggan kita untuk mengubah gaya hidup. Selain itu, pada tahun ini kita akan memberikan fokus terutama sekali untuk melakukan pelbagai akitiviti-aktiviti gaya hidup sihat seperti pelaksanaan Bulan Malaysia Sihat," kata Datuk Lukanisman kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Memerangi Pradiabetes, di sini.

Pradiabetes lazimnya adalah keadaan gula dalam darah melebihi tahap normal tetapi tidak cukup tinggi untuk dilabelkan sebagai diabetes.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM