fb fb fb fb fb

KKD terima reaksi positif sepanjang Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Fahmi Fadzil

BUKIT JALIL, 10 Disember- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima pelbagai reaksi positif sepanjang berlangsung Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di sini bermula sejak Jumaat lalu.

Menterinya, Fahmi Fadzil memaklumkan program berkenaan telah dihadiri oleh kira-kira 130,000 pengunjung setakat malam tadi. 

Sementara itu, beliau turut berkongsi, antara isu yang sering diajukan masyarakat kepada KKD pada program berkenaan adalah berkaitan aspek keselamatan siber dan data peribadi.

Jelas beliau, KKD sentiasa memberi informasi tentang perlindungan data peribadi supaya pengguna tidak terdedah kepada ancaman dalam talian seperti penipuan atau kecurian maklumat.

"Insya-Allah, kita akan teliti apa yang boleh dilakukan untuk tingkatkan kesedaran dalam isu keselamatan siber dan data peribadi.

"(Bagaimanapun) saya lihat rakyat semakin prihatin tentang isu ini," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Fahmi turut menjemput orang ramai untuk memeriahkan program yang bakal melabuhkan tirai hari ini dengan pelbagai tarikan menanti pengunjung.

Antaranya, pengunjung boleh mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus di kaunter bayaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Orang ramai juga boleh menyaksikan pameran aset kerajaan termasuk milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain saringan kanser payudara, klinik pergigian dan klinik kesihatan bergerak serta cabutan bertuah.

ARTIKEL BERKAITAN:
Diskaun saman trafik sehingga 50% sempena Program Setahun Kerajaan MADANI

SITI AISHAH BINTI MD ISA