
KUCHING, 23 Oktober – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuatkuasa Isnin ini (26 Oktober) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13.
- Pembubaran DUN dipersetujui Yang di-Pertua Negeri selaras Perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak.
- Suruhanjaya Pilihan Raya akan diberi kuasa menentukan tarikh-tarikh penting untuk pelaksanaan pilihan raya negeri.
- Kerajaan negeri kekal sebagai kerajaan sementara selepas pembubaran bagi melaksanakan tanggungjawab dan peranan negeri.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
“Yang di-Pertua Negeri telah memperkenankan permintaan saya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, selaras dengan Perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak, telah memperkenankan bahawa DUN dibubarkan berkuat kuasa mulai 26 Oktober 2026,” katanya pada sidang media khas di Kompleks Satria Pertiwi, di sini.
Beliau memberitahu, proses seterusnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh penting berkaitan PRN Ke-13 .
Tambahnya selepas pembubaran tersebut, kerajaan akan bertindak sebagai kerajaan sementara dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan kerajaan negeri.