fb fb fb fb fb

Ketua masyarakat diingatkan adu permasalahan ikut saluran yang betul

ADUN Jepak, Iskandar Turkee (dua dari kiri) pada perasmian Program Jiwa Komuniti MADANI VAIE di Kampung Kuala Segan

BINTULU, 25 Mei- Ketua Masyarakat dan ketua kaum disarankan untuk membuat aduan berhubung isu ataupun permasalahan masyarakat mengikut saluran dan proses yang betul.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ketua masyarakat dan ketua kaum hendak menggunakan saluran yang betul agar masalah yang dibangkitkan masyarakat setempat dapat diselesaikan.

“Apa yang penting maklumat sampai kepada pihak yang betul dan memaklumkan salinan kepada saya dan daripada situ, saya lihat apa yang boleh dibantu,"katanya semasa perasmian Program Jiwa Komuniti MADANI VAIE di Kampung Kuala Segan.

Mengulas mengenai Program Jiwa Komuniti MADANI VAIE, beliau menyambut baik dan menyatakan sokongan penuhnya terhadap program seumpama itu.

Antara agensi yang terlibat, ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID), JAPEN Daerah Bintulu dan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU).

Dalam majlis yang sama, Iskandar juga menyampaikan sumbangan bakul makanan seramai 32 penerima yang terdiri daripada golongan ibu tunggal , fakir miskin dan orang kurang upaya (OKU) di kawasan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE