Kerjasama semua pihak, bantu tangani penyakit berisiko

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 3 SEPTEMBER – Model kerjasama kuadripartit yang melibatkan sektor kerajaan dan swasta,pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta sumber filantropi, wajar dijadikan contoh serta direplikasi dalam menangani HIV/AIDS dan pengurusan penyakit kronik atau berjangkit yang lain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama bersepadu kongsi sumber, kepakaran dan capaian untuk memperkukuh akses pesakit kepada perkhidmatan kesihatan.
  • Model boleh diperluas kepada pengurusan penyakit lain termasuk penyakit jarang berlaku.
  • Model dijadikan penanda aras dan disesuaikan mengikut faktor geografi seperti sempadan dan kawasan pergunungan.
  • Penglibatan komuniti dan pengamal perubatan penting; rantaian intervensi: pengesanan, ujian, pautan dan kesinambungan rawatan sehingga penekanan virus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerjasama bersepadu ini membolehkan perkongsian sumber, kepakaran, dan keupayaan capaian dalam memperkukuh akses pesakit kepada perkhidmatan kesihatan

Pada masa sama, model berkenaan berpotensi diperluas kepada pengurusan penyakit lain termasuk penyakit jarang berlaku.

“Sebagai menteri saya mahu perkara ini dijadikan sebagai penanda aras yang boleh direplikasi dalam pengurusan penyakit seperti ini dan bukan hanya terhad kepada AIDS sahaja tetapi banyak lagi program lain termasuk penyakit jarang berlaku.

“Sehubungan itu, ia boleh dijadikan model penyampaian perkhidmatan khususnya dalam keadaan faktor geografi serta sempadan sungai dan kawasan pergunungan,” katanya semasa melakukan lawatan dan libat urus Strategik ‘Program Shape Sabah’ di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Tambah Datuk Seri Dr Dzulkefly, kerjasama antara komuniti serta pengamal perubatan membuktikan usaha menoktahkan AIDS memerlukan penglibatan seluruh masyarakat.

Katanya, rantaian intervensi perlu bermula dengan usaha mengesan individu, menjalankan ujian, menghubungkan mereka kepada rawatan serta memastikan rawatan diteruskan sehingga mencapai tahap penekanan virus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.