fb fb fb fb fb

Kerjasama institusi akademik Malaysia, Indonesia dilancar

(Foto Kementerian Luar Negeri)

JAKARTA, 3 September- Kerjasama institusi akademik antara Malaysia dan Indonesia dilancar, pada Ahad.

Ia melibatkan Pusat Kajian Ikatan Malaysia-Indonesia (IKMI) Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Program Pengajian Indonesia-Malaysia (IMSP) di Pusat untuk Pengajian Asia Timur, Universitas Prasetiya Mulya Indonesia.

Perasmian kerjasama bagi membina rangkaian kolaboratif antara kedua-dua negara itu dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan rakan sejawat dari Indonesia, Retno Marsudi di Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), di sini.

Zambry berkata kerjasama kedua-dua universiti adalah hasil daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sini pada Januari dan lawatan Presiden Joko Widodo ke Malaysia pada Jun.

"Semasa lawatan ke Jakarta, Perdana Menteri menyeru Indonesia dan Malaysia untuk terus bekerjasama dalam isu serantau bagi menjamin kepentingan politik dan ekonomi kedua-dua negara," katanya dalam satu kenyataan. 

(Perasmian kerjasama bagi membina rangkaian kolaboratif antara kedua-dua
negara itu dilakukan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan
rakan sejawat dari Indonesia, Retno Marsudi/Foto Kementerian Luar Negeri)

Kedua-dua menteri turut mengulangi bahawa Indonesia dan Malaysia perlu membangun, mengekalkan dan terus memupuk hubungan baik antara kedua-dua negara.

Zambry juga menggesa institusi akademik untuk menggalakkan hubungan baik dan saling menghormati kedua-dua negara seperti yang terkandung dalam Piagam ASEAN.

Media Baharu