fb fb fb fb fb

Kerajaan tegas larang pembukaan hutan baharu demi kelestarian ekosistem

Menteri Perladangan dan Komoditi memangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bercakap pada media ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai/BERNAMA

SUNGKAI, 12 Disember -Kerajaan menegaskan tiada pembukaan hutan baharu sebagai tujuan perladangan, bagi memastikan ekosistem negara terus terpelihara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu penting kerana hutan merupakan habitat utama spesies dilindungi seperti harimau, ungka dan tapir.

Beliau menjelaskan kerajaan kini memberi tumpuan kepada penanaman semula ladang sedia ada serta penyelidikan bagi meningkatkan hasil, tanpa perlu meneroka kawasan hutan tambahan.

Malaysia kekal komited pada sasaran global sejak 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus liputan hutan negara.

"Kita ada komitmen dengan United Nations. Pada tahun 1992, kita membuat komitmen bahawa negara Malaysia ini, kita akan pastikan kita punya hutan, 'natural forest'. Hutan ini tidak boleh turun daripada lebih bawah daripada 50% sebab tujuannya adalah inilah dia. Sebab itu macam dalam konteks peladangan, contoh kebencian peladangan. Sebab saya sudah bercakap dengan dia, kita sudah ada cukup kawasan. Jadi apa yang perlu kita pentingkan ialah bukan membuka kawasan baru. Apabila buka kawasan baru, ini akan berlaku kepada konflik terhadap manusia," katanya.

Datuk Seri Johari bercakap kepada pemberita ketika lawatan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai.

Kataya, pusat itu terus memulihkan haiwan yang cedera atau diseludup sebelum dilepas semula ke habitat sesuai di Banjaran Titiwangsa.

Usaha itu turut membantu mengelakkan eksport haram spesies terancam dan mengukuhkan penguatkuasaan terhadap pemeliharaan hidupan liar negara.

TETITIA YUSOFF