fb fb fb fb fb

Kerajaan setuju laksana VOP

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUANTAN, 13 Julai-Kerajaan setuju untuk melaksanakan variasi harga (VOP) bagi mengimbangi kenaikan kos binaan disebabkan subsidi diesel bagi membantu kontraktor yang terkesan.

Menurut Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan perkara tersebut masih dalam perbincangan bermula minggu lalu bersama Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Kita faham yang semasa kita buat penyasaran subsidi diesel mungkin ada sedikit kenaikan untuk kos sedia ada.

"Jadi untuk kontrak-kontrak kerajaan kementerian kewangan tengah berbincang dengan dengan Jabatan kerja raya berbincang dengan CIDB kita akan perhalusi VOP untuk diberi kepada kontrak2 yang sedia ada", katanya demikian selepas merasmikan Konvensyen G1: Cabaran & Hala Tuju Kontraktor G1 Dalam Menghadapi Era Masa Kini di sini.

Katanya, perkara tersebut perlu perhalusi dengan merujuk data-data yang diperoleh daripada CIDB terlebih dahulu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD