fb fb fb fb fb

Kerajaan jamin pengauditan segera Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 November-Kerajaan memberi jaminan memastikan pengauditan segera terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang yang tidak diaudit  sejak 17 tahun yang lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M.Kulasegaran mengakui baharu sahaja mengetahui perkara tersebut ketika sesi Kamar Khas minggu lalu.

"Kita sedang ambil  tindakan susulan supaya pengauditan dibuat dengan segera yang boleh dan semua pemegang saham ambil tahu berapakah kendalian Lembaga itu telah merangkumi mengikut undang-undang.

"Saya setuju bahawa itu adalah dikatakan oleh Perdana Menteri. Tatakelola ini perlu adi dan terbuka supaya rakyat tahu yang betul-betul dibelanjakan", katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin yang mempersoalkan kenapa lembaga tersebut tidak diaudit setelah sekian lama di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, setakat 30 September lepas, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang menerima RM4.2 juta bayaran daripada calon peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD