BATU PAHAT, 18 Ogos - Kerajaan mencadangkan pemberian elaun latihan dan uniform kepada pelatih Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu sebagai usaha menarik minat lebih ramai pelajar menyertai sukarelawan..
Cadangan itu diharapkan dapat dipertimbangkan dan dilaksanakan pada tahun hadapan.
"Saya harap ia akan dapat diselaraskan walaupun perkara ini permintaan dibuat begitu lama namun saya yakin Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan akan membuat penyelarasan dengan memberikan jumlah elaun yang sama dengan pasukan sukarelawan ditubuhkan di universiti sebagai satu syarat memenuhi kokurikulum kepada siswa dan siswi di IPTA dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2024, di sini.
Pemberian elaun itu perlu diselaraskan dengan dua pasukan sukarelawan beruniform iaitu askar Wataniah dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Seramai 8,764 mahasiswa menamatkan pengajian dan ditauliahkan sebagai pegawai pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), hari ini.