fb fb fb fb fb

Keputusan speaker berdasarkan perlembagaan, undang-undang - PM

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Pengekalan status enam bekas ahli Bersatu sebagai ahli parlimen oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul adalah berdasarkan undang-undang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Anwar berkata, pemimpin Bersatu perlu meneliti tafsiran Perlembagaan Persekutuan berhubung Akta Anti Lompat Parti secara keseluruhan, bukan sebahagiannya sahaja.

Malah semasa perbincangan mengenai undang-undang tersebut, Bersatu telah menentang pengguguran keahlian ahli Parlimen secara automatik sekiranya dipecat daripada parti.

"Kita tahu, kerana kita semasa itu sebagai pembangkang yang berkeras mahu masukkan bahagian kalau dipecat sekali pun mesti gugur, tetapi mereka menentang. Ini semua ada rekodnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Global MADANI Forum 2024 di sini hari ini.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA