fb fb fb fb fb

Kepupusan Harimau Malaya, semua pihak perlu bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Tanggungjawab konservasi Harimau Malaya perlu dimainkan semua pihak dalam memastikan kelangsungan hidupan liar tersebut.

Krisis kepupusan spesis itu kini berada pada tahap membimbangkan apabila dianggarkan kurang daripada 150 ekor yang hidup dan kini berada di habitat semula jadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Rosli Isa berkata spesis terancam itu juga dijangka pupus dalam tempoh 5 sehingga 10 tahun akan datang sekiranya tiada tindakan diambil.

"Dengan adanya kempen kesedaran ini akan membantu kita untuk mengekalkan ekologi sistem dan spesis kehidupan supaya proses pemuliharaan spesis harimau dapat dijaga dengan baik.

Kerajaan melalui JPA telah meluluskan tambahan 150 penjawatan baharu dimana mereka akan menyelaraskan aktiviti pengawasan pemburu haram dan mereka akan ditangkap dan dihukum mengikut undang-undang yang telah disediakan," kata Datuk Rosli kepada pemberita RTM selepas Majlis Festival Eko 'Roar For Life' di ibu negara.

Ke arah itu, pelbagai kerjasama strategik akan dilaksana bagi memastikan penglibatan secara kolektif semua pihak sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga, memelihara dan memulihara spesies ikonik Malaysia yang menjadi simbol Jata Negara.


(Foto Hiasan)

Media Baharu