
KUALA LUMPUR, 3 April – Malaysia terus mempergiat usaha mempelbagaikan sumber negara, menerusi perancangan lebih teliti secara berperingkat merangkumi jangka pendek, sederhana dan panjang.
- Perancangan berperingkat jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mempelbagaikan sumber tenaga negara.
- Memastikan bekalan tenaga mencukupi dan tidak terjejas akibat ketidaktentuan geopolitik.
- Pelaksanaan langkah bersepadu untuk menjamin keselamatan bekalan serta mengukuhkan daya tahan ekonomi.
- Gunakan sumber sedia ada seperti tenaga hidro dan solar; bina infrastruktur empangan hidroelektrik jangka panjang.
Kesediaan itu, bagi memastikan bekalan negara kekal mencukupi serta tidak terjejas, akibat ketidaktentuan geopolitik semasa.
Ketika menyuarakan pandangan itu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ida Md Yasin turut berpendapat, langkah bersepadu yang bakal dilaksana itu bukan sahaja menjamin keselamatan bekalan tenaga negara, malah, mengukuhkan daya tahan ekonomi Malaysia.
“Sebenarnya banyak yang boleh dicapai Malaysia, menerusi kajian-kajian yang terbaik termasuk menggunakan sumber tersedia yang ada seperti hidro elektrik, tenaga hidro juga solar.
“Untuk jangka panjang, kita harus menyiapkan infrastruktur dari segi empangan hidroelektrik,”katanya ketika dihubungi RTM.