Kenali corak tingkah laku, cegah tekanan remaja

Profesor Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Masyarakat digesa lebih peka terhadap emosi anak-anak dengan mengenal pasti tanda tekanan melalui perubahan tingkah laku.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenal pasti tanda tekanan melalui corak tidur, pemakanan, hubungan rakan dan interaksi di rumah.
  • Perhatikan intensiti dan kekerapan kemarahan; dengar serta tanya khabar secara teliti oleh ibu bapa, guru dan rakan.
  • Elakkan spekulasi berkenaan kejadian pelajar; bina ekosistem sokongan sosial untuk kurangkan tekanan dan cegah keganasan.

Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor berkata, tanda tekanan boleh dilihat daripada corak tidur, pemakanan, hubungan dengan rakan serta interaksi di rumah.

“Emosi marah adalah biasa tetapi kita harus melihat dari segi intensiti dan kekerapan, serta bagaimana kemarahan ini boleh mengganggu kefungsian harian.

“Setiap emosi marah yang mungkin ditunjukkan, kita perlu ada dan betul-betul mendengar serta bertanya khabar. Ini bukan sahaja peranan ibu bapa tetapi juga guru, masyarakat dan rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.

Dalam pada itu, masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi terhadap kes-kes melibatkan pelajar sekolah seperti insiden tikam pelajar di sebuah sekolah menengah baru-baru ini, kerana ia boleh menambah tekanan kepada mangsa, keluarga serta prosedur siasatan anggota polis.

Semua pihak termasuk ibu bapa, guru serta rakan sebaya perlu berganding bahu membina ekosistem sokongan sosial yang baik agar anak-anak tidak terjebak dalam keganasan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.