fb fb fb fb fb

Kementerian Pengangkutan akan pastikan setiap stesen KTMB lengkap kemudahan asas

BUKIT MERTAJAM, 2 Mac- Kementerian Pengangkutan akan memastikan setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh negara dilengkapi kemudahan asas seperti lif.

Perkara itu menjadi keutamaan kementerian berkenaan bagi menambah baik serta menaik taraf kemudahan yang terdapat di stesen tersebut.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kemudahan lif penting untuk kegunaan golongan orang kurang upaya (OKU), wanita mengandung serta warga emas.

Jelasnya langkah untuk menaik taraf stesen-stesen KTM pula memerlukan perbincangan lanjut kerana melibatkan banyak sumber selain peruntukan tinggi.

"Apa yang kita harapkan adalah Perbandangan Aset Keretapi (RAC) boleh bantu berkenaan penambahbaikan yang lain kerana itu juga peranan yang perlu mereka lakukan.

"Keutamaan saya sekarang adalah memastikan setiap stesen sekurang-kurangnya ada satu lif," katanya kepada pemberita selepas menggunakan perkhidmatan tren KTM Komuter Utara dari Butterworth ke Bukit Mertajam.

Ia bagi mendapatkan maklum balas pengguna selepas kekerapan perjalanan ditambah kepada 36 kali sehari berbanding 26 kali sehari sejak 18 Februari lalu.

Kebanyakan pengguna yang ditemui berpuas hati kerana pertambahan perjalanan itu menjimatkan waktu menunggu sehingga satu jam.

Pertambahan penumpang turut berlaku dari 10,480 pengguna kepada 11,224 pengguna sejak seminggu lalu.

(Anthony Loke)

Media Baharu