
KUCHING, 15 Julai – Kementerian Komunikasi terus mencatat pelbagai pencapaian dalam memperkukuh agenda Malaysia MADANI sepanjang 2025.
- Memperkasa infrastruktur digital melalui JENDELA, memperluas liputan jalur lebar mudah alih dan memajukan Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI sebagai hab komuniti digital.
- Mengukuhkan komunikasi strategik kerajaan, kawal selia platform media sosial dan melaksanakan kempen Internet Selamat serta langkah keselamatan dalam talian.
- Memperkasa industri kreatif melalui dana FINAS, memperkukuh penyiaran RTM merentas TV terestrial, OTT dan radio serta menyokong peranan Malaysia di ASEAN 2025.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, ia menerusi pemerkasaan infrastruktur digital, komunikasi strategik kerajaan, keselamatan dalam talian serta pembangunan industri komunikasi negara.
Antara pencapaian utama direkodkan ialah peningkatan liputan jalur lebar mudah alih ke arah 100 peratus kawasan berpenduduk melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), pemerkasaan rangkaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai hab komuniti digital serta pelaksanaan kawal selia platform media sosial serta kempen Internet Selamat.
“Kementerian turut memperkasa pembangunan industri kreatif melalui pemberian dana dan insentif kepada penerbit tempatan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), memperkukuh penyiaran awam RTM merentasi televisyen terestrial, ‘over the top’ (OTT) dan radio.
“Kita turut memainkan peranan penting dalam agenda digital negara sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 serta mengekalkan prestasi tinggi dalam tadbir urus, pengurusan kewangan, pembangunan modal insan, inovasi dan penyampaian perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Kementerian Komunikasi Zon Sarawak di sini, hari ini.