Tiada pihak dilantik memperaku atau urus pernikahan warga Rohingya – JAKIM

Foto FB JAKIM

PUTRAJAYA, 15 Julai – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri tidak pernah melantik Majlis Ulama Rohingya Malaysia untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan melibatkan komuniti etnik Rohingya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dokumen tular itu bukan dokumen yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai dan tidak menggunakan dokumen berkenaan.
  • Sentiasa membuat semakan dengan JAKIM atau Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri sebelum mempercayai dokumen agama yang diragui.

JAKIM menerusi satu kenyataan memaklumkan, semakan mendapati dokumen yang tular itu bukan merupakan dokumen yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai dan menggunakan dokumen berkenaan.

JAKIM menggesa orang ramai supaya sentiasa membuat semakan dengan JAKIM atau Majlis /Jabatan Agama Islam Negeri sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui kesahihannya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.