KUALA LUMPUR, 20 September - Penjelajahan Kembara Kenali Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong turut mendapat perhatian ahli dewan terutama dari Sabah dan Sarawak ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 di Dewan Negara hari ini.
Mereka menjunjung kasih atas keprihatinan keluarga di raja itu yang begitu bersahaja bertemu rakyat.
"Rakyat di Sabah dan Sarawak sangat terharu dan ini menujukkan kesetiaan kepada raja. Beribu-ribu rakyat sambut ketibaan raja kita. I really feel great to be a Malaysian during that time looking at my king going around driving 4 wheel. Baginda memang raja untuk rakyat Malaysia...ia bermakna sekali di Sarawak," kata Senator Datuk Paul Igai.
"Lawatan ini adalah sangat bermakna kepada kami rakyat Sarawak agar YDP Agong memahami kemudahan jalan Pan-Borneo masih jauh ketinggalan dari semenanjung. Semoga lawatan ini mengeratkan lagi silaturahim (hubungan) Sabah Sarawak selari tema Hari Malaysia kita Malaysia MADANI Tekad Perpaduan Penuhi Harapan," kata Senator Roderick Wong Siew Lead.
"Rakyat Sabah sangat terharu (dengan) keramahan Seri Paduka Baginda untuk mengenali rakyat dengan lebih dekat tanpa protokol istana. Ini inisiatif yang perlu dicontohi oleh semua pihak dalam usaha mencapai visi dan misi Kerajaan MADANI," kata Senator Tan Sri Anifah Aman.
Kembara Kenali Borneo yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Seri Paduka Baginda berdua untuk mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak.
Kembara Kenali Borneo menyusuri perjalanan sejauh 2,154 kilometer di Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei bermula di Tawau pada 3 hingga 13 September dan berakhir di Telok Melano Sarawak.
ARTIKEL BERKAITAN
Agong berkenan baca surat rakyat Borneo sebelum diserah kepada PM
Kembara Kenali Borneo, realisasi "Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" - YDPA
Agong, Permaisuri mulakan 'Kembara Kenali Borneo'
Kembara Kenali Borneo: Rakyat dinasihat tidak bersusah payah menanti konvoi hingga lewat malam