KUALA LUMPUR, 11 Mac- Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,530 orang daripada 1,488 keluarga setakat pagi ini, berbanding 4,122 orang daripada 1,357 keluarga semalam.
Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), tujuh PPS di Beaufort menempatkan 1,719 orang daripada 556 keluarga, di Tenom, 14 PPS menempatkan 1,119 orang daripada 420 keluarga, manakala lima PPS di Membakut menempatkan 914 orang daripada 312 keluarga.
Selain itu, di Keningau menempatkan 778 orang daripada 200 keluarga ditempatkan di tiga PPS.
Sementara itu, di Sarawak, jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 89 orang daripada 22 keluarga berbanding 352 orang daripada 101 keluarga semalam. Penduduk terjejas kini ditempatkan di dua PPS melibatkan Miri dan Sibu.