fb fb fb fb fb

Kem Angkasa Kebangsaan 2024, dedah pelajar kepada sains, teknologi

Chang Lih Kang

CYBERJAYA, 29 Julai- Kem Angkasa Kebangsaan 2024 julung kali diadakan dijangka dapat mendedahkan pelajar dan masyarakat kepada misi Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030) serta sains dan teknologi angkasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata, beliau yakin usaha itu dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ia juga dilihat akan melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dalam bidang berkenaan khususnya dalam sektor angkasa.

"Kami menyasarkan 800 hingga 1,000 peserta. Jadi semuanya kira-kira 5,000 peserta, ia akan menjadi sasaran kami.

"...dan kami berharap kami program berkenaan akan diperbanyakkan lagi kepada lokasi-lokasi lain dalam negara," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kem Angkasa Kebangsaan 2024 di sini.

Program tersebut akan berlangsung pada Oktober hingga awal Disember yang akan melibatkan pelajar sekolah rendah, menengah, institusi pendidikan tinggi (IPT) dan orang awam.

Kem Angkasa Kebangsaan 2024 bertemakan 'Teknologi dan Pengembaraan Angkasa' merupakan program kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi swasta Apadilangit (Langit Kita Sdn Bhd) dan Starlight Education United Kingdom.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI