fb fb fb fb fb

Kelab Inner Wheel Club Kuala Lumpur bina 43 telaga untuk masyarakat Orang Asli di Pahang

Perasmian telaga air ke-43 di Kampung Permatang Pauh, Nenasi, Pekan

PEKAN, 19 Jun- Sebanyak 43 telaga air telah dibina oleh kelab Inner Wheel Club Kuala Lumpur menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam membantu menyediakan bekalan air bersih kepada masyarakat Orang Asli di Pahang.

Kesemua telaga air tersebut dibina di sepanjang jajaran 130 kilometer meliputi daerah Pekan dan Rompin dengan menyasarkan perkampungan masyarakat Orang Asli yang jauh di pendalaman serta tidak mempunyai akses kepada bekalan air bersih.

Presidennya, Rani Gurmit berkata, pihaknya memperuntukkan lebih RM100,000 hasil sumbangan dana ahli serta orang perseorangan bagi menjayakan projek yang dikenali sebagai ‘H Water Project’.

Projek tersebut dibina meliputi pembinaan telaga air, saluran paip, tangki simpanan air serta pembinaan tandas yang sempurna kepada penduduk.

Tambah beliau, projek tersebut adalah cetusan idea dan insiatif mendiang Datuk Lee Chung Han yang selama ini telah berjuang serta membantu masyarakat orang asli mempertingkatkan taraf hidup.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan telaga ke-43 yang dibina di Kampung Permatang Pauh, Nenasi, Pekan, petang tadi.

Dalam majlis sama, pihaknya turut menanam pokok buah-buahan untuk manfaat masyarakat Orang Asli di situ selain menyampaikan bantuan bakul makanan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE