fb fb fb fb fb

'Kejora Ku Bersatu' julang Mohd Jefree Maula jadi juara Karaoke Sumbang ke Bimbang Selangorfm

(Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor Fairuz Mohd Radzi
bergambar kenangan bersama para pemenang)

SHAH ALAM, 12 Februari- Lagu 'Kejora Ku Bersatu' nyayian asal kumpulan Search membawa tuah kepada Mohd Jefree Maula R. Azni apabila dinobatkan sebagai Juara pertama Program Kemuncak Karaoke Sumbang ke Bimbang Selangorfm yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Mohd Jefree Maula berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala, sijil dan hadiah iringan yang disampaikan Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor Fairuz Mohd Radzi.

"Saya tidak sangka kejuaraan ini akan jadi milik pada saya kerana ramai lagi yang hebat pada hari ini, tetapi bila diumumkan saya juara, saya amat terharu, rezeki Allah yang bagi.

"Program sebegini bagus untuk bakat-bakat baharu walapun pun mereka tidak dapat menyertai program realiti tv boleh mempersembah bakat yang terpendam, saya harap Selangorfm teruskan pertandingan sebegini,"kata Mohd Jefree.

Sementara itu penerbit program Nurul Norashikin Abu Sha'ari berkata, 11 peserta akhir merupakan juara bulanan tahun lepas yang menyertai segmen Sumbang ke Bimbang di Selangorfm.

Katanya, penyertaan diterima sangat menggalakan apabila kira-kira 3,000 ribu penyertaan diterima tahun lepas dan ianya diteruskan lagi untuk tahun kedua tahun ini.


(Mohd Jefree Maula R. Azni, juara Karaoke Sumbang ke Bimbang Selangorfm)

Media Baharu