fb fb fb fb fb

KDN selesaikan lebih 10,000 permohonan taraf kewarganegaraan

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan sebanyak 10,381 permohonan taraf kewarganegaraan telah diselesaikan tahun ini melebihi daripada sasaran iaitu 10,000 permohonan  setahun.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN)  Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya menerima sebanyak 32,000 permohonan taraf  kewarganegaraan setakat November tahun ini.

kalau kita letak KPI 10,000, itu bukan bermakna semuanya lulus. Ada sebahagian yang tidak lulus.

Saya harap ini difahami semua pihak. Memang setiap permohonan kita ada syarat kesetiaan, Bahasa Melayu.

"Ini memang perkara yang diberikan perhatian. Kita tidak sewenang-wenangnya meluluskan kewarganegaraan kepada mana-mana pihak kerana anugerah kewarganegaraan ini adalah anugerah tertinggi.

"KDN memberi jaminan apa juga keputusan yang kita buat tetap berasaskan peraturan dan mengikut undang-undang", katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Abdul Nasir Idris di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, Shamsul Anuar menegaskan penguasaan bahasa Melayu kekal menjadi syarat bagi permohonan taraf kewarganegaraan, seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Shamsul Anuar, beberapa proses saringan dilaksanakan antaranya melalui ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan bahasa Melayu pemohon.


"Kita melaksanakn beberapa proses saringan antaranya melalui ujian bertulis, temuduga secara lisan bersemuka, Ujian Bahasa Melayu terhadap permohonan kewarganegaraan di bawah perkara 16 dan 19 seperti mana yang disyaratkan dibawah perkara 16 iaitu mempunyai pengetahuan asas Bahasa Melayu.

Manakala pemohon di bawah perkara 19 hendaklah mepunyai pengetahuan yng mencukupi berkaitan Bahasa Melayu", katanya di sini.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD