fb fb fb fb fb

KBS bakal umum program baharu

MELAKA, 28 Januari - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengumumkan beberapa program terbaharu yang bakal dilaksana sepanjang tahun ini, dalam tempoh tedekat.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata, program-program berkenaan akan memberi fokus kepada pembangunan kepimpinan belia dan belia tidak berpersatuan.


(Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abd Halim)

Beliau berkata, program literasi politik dan demokrasi juga akan diperluas dengan kerjasama pelbagai kementerian lain, memandangkan penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun telah dilaksana.

Tambahnya, selain program baharu, kementerian juga akan memberi tumpuan dalam menambah baik program sedia ada mengikut kesesuaian.

“Dalam masa terdekat ini kita akan umumkan beberapa program baharu yang kita rangka berdasarkan kepada keperluan dan juga berdasarkan kepada apa yang telah kita mulakan dengan erti kata lain bukan kita mulakan terus perkara baru tiada asas tetapi kita mulakan dengan mana apa yang kita sudah pun ada asas dia yang sudah pun dimulakan kita perbaiki dan kita tambah baik lagi supaya ianya seiring dengan zaman kita akan beri tumpuan kepada terutama sekali pembangunan kepimpinan belia dan program belia tidak berpesatuan tentu skali juga kita paling penting adalah memandangkan kita juga telah turunkan had umur mengundi ini jadi satu tanggungjawab kepada kerajaan dengan kerjasama pelbagai kementerian lain untuk kita perluaskan lagi program literasi politik dan demokrasi," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2023 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, di Malim Jaya.

Dalam pada itu, Adam Adli berkata, program-program berbentuk perpaduan seperti ini sambutan perayaan bagi setiap kaum di negara ini perlu diteruskan dalam usaha memupuk semangat muhibah dalam kalangan masyarakat.

Media Baharu