fb fb fb fb fb

Kawal pergerakan anak-anak elak terkena strok haba - Exco Wanita Melaka

MELAKA, 4 Mei - Ibu bapa disaran mengawal pergerakan atau aktiviti anak-anak khususnya di luar rumah.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Nordin berkata, ia sebagai usaha mengelak insiden strok haba ekoran cuaca panas.

"Strok haba ini adalah satu perkara yang harus kita tangani dengan sebaik-baiknya, jadi kepada ibu bapa di luar sana kalau ada anak yangg tak sihat dan sebagainya, utamakan untuk merawat anak-anak.

"Ibu bapa juga diminta memastikan anak-anak minum air masak mencukupi dan makan mengikut masa serta mendapat nutrisi mencukupi bagi mengelak masalah kesihatan lain dalam tempoh cuaca panas yang melanda," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di sini hari ini.

Kalsom Nordin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkenaan kejadian strok haba dalam kalangan kanak-kanak di negeri ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.


(Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Nordin)

Media Baharu