Kasih tulus kanak-kanak ingatkan amanah besar negara

Tangkap layar perkongsian video Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 April – Kasih tulus kanak-kanak menjadi peringatan tentang amanah besar untuk memastikan setiap anak Malaysia dibesarkan dengan penuh kasih sayang, menerima didikan terbaik serta peluang yang adil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menerima duit raya daripada Uwais dan Aesha di pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud selepas merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan.
  • Anwar berkongsi momen itu di Facebook, menyatakan keikhlasan kanak-kanak itu menyentuh hati beliau.
  • Beliau anggap pemberian itu simbol kebersamaan rakyat tanpa mengira usia serta penguat semangat ketika menghadapi krisis.
  • Beliau berdoa Uwais dan Aesha membesar berilmu, berakhlak dan membawa kebaikan kepada keluarga serta negara.

Perkara itu diluahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook apabila beliau menerima pemberian duit raya daripada dua kanak-kanak Uwais Al Qorni dan kakaknya Aesha Khadeeja di pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud selepas merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2026M di Kuala Terengganu malam tadi (Isnin).

“Tersentuh hati melihat keikhlasan mereka menghulurkan duit raya, satu tanda kasih yang merendahkan jiwa. Saya anggap ia simbol kebersamaan rakyat tanpa mengira usia, saling menguatkan tatkala mendepani krisis ketika ini.

“Semoga Uwais dan Aesha membesar sebagai generasi berilmu, berakhlak dan membawa kebaikan kepada keluarga serta negara,” menurut hantaran itu.