fb fb fb fb fb

Kanak-kanak maut tercampak dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan

(Keadaan kereta selepas kemalangan di kilometer 340.2 Lebuhraya Utara Selatan)

TAPAH, 12 Mac- Seorang kanak-kanak maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandu bapanya dalam kemalangan di kilometer 340.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, tengah hari tadi.

Mangsa, Ashvika Neelavanan, 11 tahun mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail, mangsa bersama ibu dan bapa serta dua adik perempuannya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor.

Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu bapa mangsa hilang kawalan menyebabkan terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan.

Mangsa tercampak keluar melalui cermin belakang, manakala seorang adik mangsa mengalami patah tangan dan kaki kiri.

Ibu dan bapa serta seorang lagi adik mangsa berusia 10 tahun tidak cedera.


(Keadaan kereta dipandu keluarga Mangsa)

Media Baharu