fb fb fb fb fb

Kakak Bella direman sehari isu 'live' di TikTok

Kakak kepada Bella (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas direman sehari bagi membantu siasatan Akta Kanak-Kanak 2001

BATU PAHAT, 13 Mac- Kakak kepada Allahyarham Mila Sharmila Samsusah direman selama sehari kerana didapati mendedahkan gambar seorang kanak-kanak, 4, yang juga saksi pendakwaan bagi kes pembunuhan adiknya itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, suspek, 36, ditahan semasa tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada pukul 2.10 pagi tadi.

Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat sebelum permohonan reman terhadap wanita itu dibenarkan Majistret Nurasidah A Rahman

Berdasarkan laporan dikemukan ibu mangsa pada Jumaat lalu,  gambar anaknya tersebar menerusi platform 'TikTok Live' yang dibuat oleh suspek.

Perbuatan itu dikesan menyalahi Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 

Sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk tujuan tersebut turut dirampas. 

Polis turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN
Kes Bella: Polis nasihat keluarga supaya hormati proses mahkamah
Bicara kes bunuh Bella ditangguh
Dua anak arwah Bella selamat dalam jagaan keluarga
Jenazah Bella selamat dikebumikan
Kes pembunuhan Bella bermotifkan cemburu - Polis
Bunuh Bella, penghantar surat didakwa
Hasil analisis DNA adalah milik Bella - Polis
Kes Bella: Tiga direman bantu siasatan penemuan rangka
Kes kehilangan Bella: Ujian DNA bakal rungkai identiti penemuan rangka di rumah terbiar

SITI AISHAH MD ISA