Kajian jambatan Labuan-Sabah dibentang tahun depan

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 17 November – Hasil kajian kebolehlaksanaan pembinaan Jambatan Labuan-Sabah dijangka dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 2027 bagi membolehkan kerajaan meneliti hasil kajian sebelum membuat pertimbangan lanjut mengenai cadangan projek berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Kerja Raya menyiapkan kajian kebolehlaksanaan pada 15 November lalu.
  • Kaedah pelaksanaan dan pembiayaan ditentukan selepas hasil kajian dibentangkan kepada pihak berkaitan.
  • Tahun pelaksanaan hanya dimuktamadkan jika diluluskan Agensi Pusat dan bergantung kepada peruntukan kewangan kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya telah menyelesaikan kajian itu pada 15 November lalu.

“Kaedah pelaksanaan projek dan pembiayaan yang bersesuaian hanya akan ditentukan selepas hasil kajian dibentangkan dalam mesyuarat MPFN pada 2027.

“Sasaran tahun pelaksanaan projek hanya dapat dimuktamadkan sekiranya projek berkenaan diluluskan oleh Agensi Pusat serta tertakluk kepada ketersediaan peruntukan kewangan kerajaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman, mengenai kesediaan kerajaan mempertimbangkan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok sebagai sebahagian daripada rangkaian strategik Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Kajian yang bermula pada 16 Mei 2025 itu dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya atas permintaan Kementerian Wilayah Persekutuan dan diluluskan di bawah Rolling Plan Kelima (RP5), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.