fb fb fb fb fb

Kadar pengganguran negara diunjur pada paras 3.3%

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Oktober-Kadar pengganguran negara diunjur berada pada paras 3.3 peratus bagi 2024, selepas menyederhana kepada 3.4 peratus tahun lalu.

Menurut Maybank Investment Bank, apabila pasaran kerja mencapai kadar guna tenaga penuh, perkembangan utama akan tertumpu kepada pendapatan pekerja.

Jelas bank pelaburan itu, segmen tenaga kerja tertentu akan menyaksikan peningkatan dalam pendapatan dan gaji mereka.

Sebagai contoh, purata kenaikan gaji perkhidmatan awam sebanyak 15 peratus dan prospek kenaikan gaji minimum pada 2025.

Kadar pengangguran di negara ini susut kepada 3.2 peratus, dengan mencatatkan lebih 558,000 orang penganggur, setakat Ogos lalu.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, pasaran buruh pada bulan tersebut terus berkembang, berikutan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM