KUALA LUMPUR, 9 Jun - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumaat, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM40.18 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.89 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta bagi tujuh hari dan satu tender Qard RM2 bilion untuk tujuh hari.
BNM juga akan melaksanakan satu tender repo berbalik bernilai RM1.19 bilion bagi 94 hari.
Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM39.9 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM29.9 bilion.-BERNAMA