fb fb fb fb fb

Kadar dividen KWSP, sumbang peningkatan simpanan 16.22 juta ahli

Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid / Foto RTM

SHAH ALAM, 1 Mac- Kadar dividen KWSP lebih baik tahun ini akan menyumbang kepada peningkatan simpanan 16.22 juta ahlinya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkembangan positif itu akan mempercepat pengumpulan dana untuk membantu ahli mencapai sasaran simpanan, menjelang usia persaraan.

Mengenai kemampuan KWSP untuk memberi kadar dividen tinggi tahun ini, jelasnya prestasi pelaburan bukan bersifat statik dan mempunyai dinamik yang tersendiri.

"Jadi, untuk mengharapkan kadar dividen yang sama mungkin kurang realistik.

"Namun, apa yang penting adalah pihak KWSP dengan tadbir urus yang cekap, sistem pelaburan yang teratur, dan sebagainya akan mewujudkan disiplin yang tinggi dalam pelaburan mereka.

"Ini akan memastikan prestasi dan pulangan pelaburan yang lebih konsisten," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, kadar dividen yang melebihi kadar inflasi, boleh dijadikan sebagai satu penanda aras kepada prestasi pengurus dana persaraan itu.

Secara purata, kadar inflasi di Malaysia dari tahun 1985 sehingga tahun lalu, berada pada sekitar 2.5 peratus, lebih rendah daripada jumlah dividen yang diterima ahli KWSP.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM