fb fb fb fb fb

Perak harap KIGIP disiapkan pada akhir 2028

Datuk Seri Saarani Mohamad

TAIPING, 1 Mac- Kerajaan Perak berharap agar projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dapat disiapkan mengikut jadual pada akhir tahun 2028.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini kerja-kerja pembersihan tanah sedang giat dijalankan ia berikutan sebahagian kawasan berpaya di tapak projek tersebut berdepan masalah akan diselesaikan menerusi kerjasama dengan Gamuda Berhad.

"Gamuda Berhad ada kepakaran untuk mengeringkan air seperti yang pernah dilakukan di Belanda. Diharapkan kolaborasi ini akan dapat menyelesaikan masalah paya dan mempercepat proses penambakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd di sini.

Dalam pada itu pihaknya turut berharap projek pemindahan air mentah dari Sungai Perak ke Loji Rawatan Air (LRA) di utara negeri itu dapat dipercepatkan.

Projek pemindahan itu juga bagi memenuhi keperluan sektor pertanian dan bekalan air terawat ke Pulau Pinang, selain digunakan untuk kilang elektrik dan elektronik.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI