fb fb fb fb fb

Kanak-kanak 4 tahun cedera diserang anjing

Foto Polis Langkawi

LANGKAWI 1 Mac- Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas diserang sekumpulan anjing pagi tadi.

Kejadian berlaku berhampiran rumah mangsa di Kampung Dedek, Sungai Menghulu, Langkawi.

Mangsa, Ahmad Raihan Abdul Mukmin, dilaporkan diserang sekumpulan anjing di kawasan berdekatan rumahnya.

Akibat serangan itu, Ahmad Raihan mengalami kecederaan di kepala dan seluruh badan.

Beliau menerima bantuan kecemasan daripada Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi sebelum dibawa ke Hospital Sultan Maliha untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shariman Ashari, ketika dihubungi RTM mengesahkan kejadian tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM